Malaysia Lancar Pusat Ujian Cip Termaju Pertama Di Asia Tenggara, Pemacu Fasa Kedua Malaysia Semicondutor IC Design Park

6 Nov 2025 • 5:03 PM MYT
Newswav PR
Newswav PR

Sponsored content from various brands & advertisers

Image from: Malaysia Lancar Pusat Ujian Cip Termaju Pertama Di Asia Tenggara, Pemacu Fasa Kedua Malaysia Semicondutor IC Design Park
Foto oleh SIDEC

CYBERJAYA – Malaysia hari ini mencapai satu lagi kejayaan dalam industri semikonduktor dengan perasmian Pusat Ujian Cip Termaju (Advanced Chip Testing Centre) oleh Perdana Menteri YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, pada pelancaran Malaysia Semiconductor IC Design Park (IC Park 2) yang terletak di CoPlace 9, Cyberjaya.

Majlis ini turut disaksikan oleh YAB Dato’ Seri Amirudin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor, yang menyatakan bahawa pusat ini akan menjadi fasiliti ujian cip bertaraf dunia pertama di rantau Asia Tenggara, dan menjadi pemangkin utama dalam usaha Malaysia membina ekosistem semikonduktor yang menyeluruh — daripada reka bentuk hingga pengujian dan pengesahan cip.

Pusat Ujian Cip Termaju ini merupakan sebahagian daripada strategi nasional untuk memindahkan Malaysia daripada hanya sekadar pengeluar cip kontrak kepada pereka dan pemilik teknologi cip tempatan.

Fasiliti ini akan menumpukan kepada:

Advanced Chip Inspection, Test & Metrology Centre (AIM) (Pusat Pemeriksaan, Ujian & Metrologi Cip Termaju)

Advanced Chip Design, Emulation & Prototype Centre (Pusat Reka Bentuk, Emulasi & Prototaip Cip Termaju)

Advanced Chip Validation & Robotics Centre (Pusat Pengesahan Cip Termaju & Robotik)

Advanced Chip Research & Training Centre (Pusat Penyelidikan & Latihan Cip Termaju)

Antara rakan kerjasama antarabangsa dan tempatan yang terlibat termasuk Arm, Synopsys, AWS, Keysight, Tektronix, Cadence, Sicada, QES, Tekmark, ICESB, CADFEM, DF Automation, IIT Madras, dan Shenzhen Xinhou Research Centre, yang bersama-sama akan membangunkan research lab ecosystem di bawah IC Park 2.

Dengan infrastruktur canggih dan tenaga pakar industri global, pusat ini akan mempercepatkan kitaran pembangunan cip sekaligus mengurangkan kebergantungan kepada fasiliti ujian luar negara.

Malaysia Semiconductor IC Park 2 merupakan kesinambungan daripada kejayaan IC Park pertama di Puchong, yang dilancarkan pada Ogos 2024 dan kini menempatkan 14 syarikat dengan lebih 200 jurutera tempatan dan antarabangsa.

Image from: Malaysia Lancar Pusat Ujian Cip Termaju Pertama Di Asia Tenggara, Pemacu Fasa Kedua Malaysia Semicondutor IC Design Park
Foto oleh SIDEC

Pemilihan Cyberjaya sebagai lokasi bagi IC Design Park 2, merupakan langkah yang strategik dan tepat pada masanya. Sebagai bandar yang mempunyai penumpuan syarikat teknologi tertinggi di Malaysia, Cyberjaya menawarkan persekitaran ideal untuk kolaborasi dan inovasi, sekali gus menjanjikan limpahan manfaat yang besar kepada pemain ekosistem.

Sebagai Pemaju Hab Teknologi Cyberjaya, Cyberview Sdn Bhd memainkan peranan pentingnya dalam memajukan landskap inovasi negara dan menyokong sepenuhnya inisiatif ini. Menerusi insentif menarik yang ditawarkan kepada Sidec, Cyberview bertekad untuk terus memperkukuh dan mengukuhkan kedudukan Cyberjaya sebagai pusat pembangunan teknologi berimpak tinggi negara.

Fasa terbaharu di Cyberjaya ini bukan sahaja akan menambah ruang penyelidikan dan pembangunan, tetapi juga menempatkan Advanced Semiconductor Malaysia Academy (ASEM) — pusat latihan lanjutan untuk melahirkan 20,000 jurutera semikonduktor dalam tempoh 10 tahun.

Majlis pelancaran turut meraikan graduasi tujuh kohort latihan semikonduktor di bawah ASEM, melibatkan ratusan pelajar kejuruteraan yang telah melalui program intensif bersama industri.

Image from: Malaysia Lancar Pusat Ujian Cip Termaju Pertama Di Asia Tenggara, Pemacu Fasa Kedua Malaysia Semicondutor IC Design Park
Foto oleh SIDEC

DANA SEMIKONDUKTOR SELANGOR & DASAR EKONOMI TEMPATAN

Bagi memperkukuh pembangunan industri ini, Kerajaan Negeri Selangor melalui Sidec dan PNSB bersama Artem Venture Fund (Ehsan Capital) menubuhkan Dana Semikonduktor Selangor (Selangor Semiconductor Fund) dengan sasaran kutipan melebihi RM100 juta. Dana ini akan mula beroperasi pada November 2025, dengan tumpuan kepada pelaburan strategik dalam sekurang-kurangnya tujuh syarikat pemula tempatan berpotensi tinggi.

Selain itu, Dasar Pembangunan Ekonomi Tempatan (Local Economy Development Policy – LED) turut diperkenalkan bagi memastikan pertumbuhan industri digital termasuk sektor pusat data (data centre) memberi manfaat langsung kepada ekonomi tempatan.

Dasar ini mensyaratkan 30% kandungan tempatan bagi setiap pelaburan pusat data baharu, selaras dengan Dasar Semikonduktor Negara (NSS), Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) dan Pelan Peralihan Tenaga Negara (NETR).