Malaysia Masih Antara Negara iPhone 16 Paling Murah Dunia Tetapi Turki dan Brazil Pula Sebaliknya

TechnologyDigital
12 Sep 2024 • 3:26 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Tahun ini Malaysia adalah negara gelombang pertama akan menerima siri iPhone 16. Tidak dapat dinafikan ini adalah impak pembukaan Apple Store TRX beberapa bulan yang lalu. Juga tahun ini harga jualan iPhone 16 adalah RM400 lebih murah dan iPhone 16 Pro pula RM500 lebih murah berbanding harga tahun lalu.

Jika dibandingkan dengan negara lain, adakah harga jualan di Malaysia masih murah? Jawapannya ialah ya. Menurut laman iPhone-Worldwide.com, Malaysia secara konsisten tergolong dalam senarai 10 negara dengan harga jualan iPhone 16, iPhone 16 Plus, iPhone 16 Pro dan iPhone 16 Pro Max termurah di dunia. Malahan harga jualan di Malaysia adalah yang paling murah di rantai Asia Tenggara.

image is not available

image is not available

Sementara itu takziah diucapkan kepada pengguna di Turki dan Brazil kerana harga jualan keempat-empat model tanpa mengira kapasiti storan adalah paling murah di dunia. Di Turki ianya mahal kerana nilai mata wang Lira Turki yang lemah. Brazil pula mengenakan tarif yang tinggi ke atas barang yang diimport dan adalah sebab utama mengapa peranti Motorola ialah jenama paling popular kerana peranti dihasilkan dalam negara.

image is not available

image is not available