Pengeluar Peranti Android 15 Wajib Menyertakan Sokongan Ultra HDR

TechnologyDigital
12 Sep 2024 • 11:04 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Tahun ini adalah trend untuk pengeluar peranti melancarkan peranti mercu baharu tanpa sistem operasi baharu atau ciri/fungsi baharu. Misalnya, Pixel 9 dilancarkan dengan Android 14 bukannya Android 15. Kemudian iPhone 16 pula dilancarkan dengan iOS 18 tanpa Apple Intelligence. Terbaru, maklumat baharu telah ditemui yang mungkin menjadi faktor kenapa Android 15 versi stabil lambat untuk tiba pada peranti Android yang disokong.

image is not available

Google nampaknya mewajibkan peranti Android 15 menyokong paparan Ultra HDR. Kemudian, aplikasi kamera lalai wajib menggunakan format imej JPEG_R. Apa itu Ultra HDR dan JPEG_R? Ia adalah paparan HDR yang dinamik pada skrin peranti, di mana bahagian imej yang terdedah kepada cahaya adalah lebih terang berbanding lain. Kemudian fail JPEG_R menyimpan data HDR iaitu peta Recovery untuk dikesan oleh aplikasi seperti album atau Google Photos.

Perkara ini hanya diwajibkan jika pengeluar ingin peranti Android 15 mereka diiktiraf oleh Google. Jika sekadar menggunakan AOSP Android 15 untuk custom ROM atau peranti versi pembangunan – Ultra HDR tidak diwajibkan. Sokongan Ultra HDR juga berbeza mengikut peranti seperti Samsung dengan Super HDR, Nothing dengan Ultra XDR atau Oppo/OnePlus pula dengan ProXDR.