Malaysia ‘mendunia’ bulan ini

27 Jul 2026 • 8:21 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Malaysia ‘mendunia’ bulan ini

PETALING JAYA – Malaysia menjadi perhatian dunia sepanjang bulan ini susulan beberapa perkembangan yang mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna media sosial.

Menerusi satu hantaran oleh pengguna @darwizzee  di Threads, tindakan menghalau pihak berkaitan Israel serta sekolah rangkaiannya dari Forest City, Johor sehingga menjadi tajuk utama media antarabangsa antara perkara yang mendapat perhatian.

“Selepas itu pula muncul berita paling mengejutkan iaitu Malaysia akan menjadi tuan rumah Grand Prix Bahrain. Perkara ini memang di luar jangkaan dan benar-benar mengejutkan,” katanya.

Perkongsian itu turut mengundang pelbagai reaksi orang ramai.

“Ada yang berkata, ‘Grand Prix Bahrain di Sepang, Malaysia ialah sesuatu yang tidak pernah diminta sesiapa, tetapi sebenarnya diperlukan.’ Malaysia memang luar biasa pada tahun 2026!”,” tulis amirahmatkarim.

“Mereka yang kata kita terlepas pelabur memang tidak percaya kepada konsep rezeki. Inilah penjelasan sebenar tentang rezeki jika ada yang masih tertanya-tanya,” kata erinmustafa.

“Itulah yang saya fikirkan juga… Malaysia mendunia,” komen mas_smize. – KOSMO! ONLINE

The post Malaysia ‘mendunia’ bulan ini appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved