Malaysia Mengharamkan Media Sosial Untuk Kanak-Kanak Bawah 16 Tahun Berkuat-kuasa Hari Ini

LocalTechnology
1 Jun 2026 • 11:59 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Berkuat-kuasa hari ini, 1 Jun 2026, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) kini mengumumkan pelaksanaan dan penguatkuasaan Kod Perlindungan Kanak-Kanak (CPC) dan Kod Pengurangan Risiko (RMC) dikuat-kuasakan, sekaligus mengharamkan kanak-kanak bawah 16 tahun dari menggunakan media sosial.

Image from: Malaysia Mengharamkan Media Sosial Untuk Kanak-Kanak Bawah 16 Tahun Berkuat-kuasa Hari Ini

Semua kanak-kanak tidak lagi dibenarkan mendaftar akaun baharu di platform media sosial, termasuk di Facebook, TikTok, Instagram, dan juga YouTube. Platform sosial perlu mengambil tindakan sewajarnya dalam menguat-kuasa perkara ini, dan proses pengesahan perlu dilaksanakan platform berkaitan.

Untuk pengguna bawah 16 tahun sedia ada, platform perlu melakukan pengecaman, dan akaun berkaitan perlu diberikan tempoh selama sebulan dalam memuat-turun dan memindahkan data mereka termasuk gambar dan video, sebelum akaun berkenaan diambil tindakan lanjutan seperti sekatan atau penggantungan.

Langkah ini diambil dalam terus melindungi kanak-kanak daripada pelbagai ancaman dan kebimbangan disebabkan oleh penggunaan platform sosial. Selain Malaysia,a ntara negara yang telah mula mengorak langkah lebih kurang sama adalah Australia dan Indonesia.