Malaysia Miliki Potensi Besar Dalam Teknologi Blok Rangkaian - PM

LocalTechnology
20 Mar 2025 • 4:22 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Perdana Menteri (kanan) bersalaman dengan wakil Klickl pada pertemuan hari ini - Gambar PMO

KUALA LUMPUR - Malaysia diyakini memiliki potensi besar dalam bidang teknologi blok rantaian dan berupaya memanfaatkan segala kelebihan yang ada. 

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, teknologi tersebut boleh diaplikasi dalam pelbagai sektor, termasuk perkhidmatan kerajaan industri halal. 

Menurut beliau, teknologi blok rangkaian itu tidak hanya terhad kepada sektor kewangan dan aset digital semata-mata. 

“Pagi ini saya telah menerima kunjungan hormat daripada syarikat Klickl iaitu sebuah syarikat yang mengoperasikan kewangan dan asset dalam ekosistem digital dan blockchain

“Kami membincangkan berkenaan perkembangan terkini teknologi ini di peringkat antarabangsa,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Perdana Menteri berkata, turut dibincangkan ialah kerangka model dan peraturan yang boleh dijadikan contoh oleh Malaysia dalam menambah baik kerangka sedia ada. 

“Dalam konteks yang sama, saya tekankan kepentingan membangunkan bakat tempatan dalam sektor ini.

“Ini supaya pelaburan dalam sektor terbabit dapat memanfaatkan rakyat Malaysia,” katanya. 

Terdahulu, Anwar pagi tadi mengiringi Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim Iskandar meninjau kawasan sekitar ibu negara.

image is not available
Perdana Menteri (dua, kiri) mengiringi Yang di-Pertuan Agong menyusuri Jalan Bukit Bintang - Gambar Istana Negara

Sesi walkabout berkenaan diadakan selepas baginda menerima Perdana Menteri untuk mesyuarat mingguan.

Menerusi perkongsian di Facebook, jurucakap Istana Negara berkata, baginda berkenan meluangkan masa menyusuri Jalan Bukit Bintang di sini. - Getaran, 20 Mac 2025

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved