Malaysia negara pertama hantar pulang 10,000 pelarian Myanmar

6 Oct 2026 • 11:16 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Malaysia negara pertama hantar pulang 10,000 pelarian Myanmar

KUALA LUMPUR – Seramai 10,000 tahanan warga Myanmar dihantar pulang ke negara asal mereka sejak Januari tahun ini menerusi laluan udara dan laut, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, penghantaran pulang tahanan berkenaan dilaksanakan hasil rundingan dan ikhtiar secara langsung antara Kerajaan Malaysia dan pihak berkuasa Myanmar.

“Daripada jumlah itu, sebahagiannya dibawa pulang menggunakan pesawat atas inisiatif Kerajaan Myanmar sendiri, manakala baki kira-kira 1,400 orang lagi dihantar pulang menerusi kapal tentera laut negara berkenaan baru-baru ini,” katanya.

Anwar berkata demikian pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini bagi menjawab soalan Suhaizan Kaiat (PH-Pulai) mengenai langkah kerajaan seterusnya dalam menangani isu keberadaan warga Myanmar termasuk pelarian dan pemohon suaka khususnya etnik Rohingya di negara ini.

Beliau menegaskan Malaysia merupakan negara pertama yang berjaya menghantar pulang tahanan warga Myanmar ke negara asal mereka menerusi pendekatan rundingan serta diplomatik secara berkesan.- MEDIA MULIA

The post Malaysia negara pertama hantar pulang 10,000 pelarian Myanmar appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved