Malaysia, Nepal percepat pengesahan status 55 rakyat hilang

30 Sep 2026 • 4:05 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Malaysia, Nepal percepat pengesahan status 55 rakyat hilang

PUTRAJAYA – Kerajaan Malaysia dan Nepal kini sedang mempercepat proses pengesahan status 55 rakyat Malaysia yang masih tidak dapat dikesan susulan bencana yang berlaku di negara berkenaan.

Jurucakap Kerajaan Madani, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, perkara itu dimaklumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam mesyuarat Jemaah Menteri hari ini selepas beliau mengadakan perbualan dengan rakan sejawatnya dari Nepal semalam.

Beliau yang juga Menteri Komunikasi berkata, Perdana Menteri Nepal telah menyatakan persetujuan untuk membantu mempercepatkan proses pengesahan status semua rakyat Malaysia yang masih belum dapat dikesan.

“Perdana Menteri memaklumkan bahawa dalam perbualan beliau dengan Perdana Menteri Nepal semalam, Perdana Menteri Nepal telah menyatakan persetujuan untuk membantu mempercepat proses berkenaan.

“Sehubungan itu, Perdana Menteri telah mengarahkan Peguam Negara supaya mengadakan perbincangan lanjut dengan pihak berkuasa Nepal pada kadar segera bagi mempercepatkan proses pengesahan tersebut,” katanya dalam taklimat pasca mesyuarat Kabinet di sini hari ini.

Katanya, penglibatan Peguam Negara dalam perkara itu penting kerana ia membabitkan pelbagai aspek perundangan dan proses mahkamah yang perlu diselesaikan oleh kedua-dua negara.

Sebelum ini, Kementerian Luar Negeri telah mengadakan perbincangan dengan keluarga 55 rakyat Malaysia mangsa tragedi di Nepal yang berhubung proses perundangan dan pentadbiran yang mungkin terpakai.

Menurut Wisma Putra, Kerajaan Nepal telah memaklumkan bahawa ia sedang mempertimbangkan langkah-langkah perundangan bagi menangani kes melibatkan individu yang terjejas akibat bencana tersebut dan statusnya masih belum dapat ditentukan, termasuk warga asing.

Bagaimanapun, katanya, langkah-langkah tersebut masih tertakluk kepada proses perundangan domestik Nepal dan setakat tarikh kenyataan ini, belum berkuat kuasa. – KOSMO! ONLINE

The post Malaysia, Nepal percepat pengesahan status 55 rakyat hilang appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved