Malaysia No.1 Negara Paling Disayangi Di Asia

4 Jun 2024 • 10:09 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Satu penyelidikan telah mendapati Malaysia menjadi negara pilihan dalam senarai 20 negara paling disayangi di Asia.

Penyelidikan itu dilakukan oleh sebuah portal laman web kewangan yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS), Insider Monkey.

Malaysia berjaya kalahkan negara jiran

Mengikut senarai tersebut, Malaysia berjaya mengalahkan negara jiran seperti Singapura yang menduduki tangga ketika, Indonesia (12), Thailand (11).

Menurut portal itu, pihaknya merujuk lima artikel yang diterbitkan dalam portal itu sepanjang tahun lalu dalam proses menyediakan senarai terbabit.

“Antaranya, artikel bertajuk 15 Negara Paling Dihormati di Asia, 15 Negara Paling Mesra di Asia, 20 negara yang paling banyak dilawati di Asia, 20 Negara Paling Pelbagai di Asia dan 20 Negara Paling Demokratik di Asia.

“75% telah diberikan kepada tiga artikel pertama iaitu mengenai negara yang dihormati, paling mesra dan paling banyak dikunjungi di Asia manakala 25% lagi diperuntukkan kepada kepelbagaian negara dan kelayakan demokrasi,” katanya dipetik Sinar Harian.

image is not available

Jumlah ranking Malaysia konsisten, markah keseluruhan 0.701

Menurutnya lagi, Malaysia berada pada kedudukan tertinggi kerana jumlah ranking yang konsisten dengan markah keseluruhan 0.701.

Sementara itu, Taiwan pula berada di kedudukan kedua dengan memperoleh markah sebanyak 0.595 diikuti oleh Singapura (0.593).

image is not available
Kredit: SEA Maps and Infographic

“Malaysia ialah negara yang paling disayangi di Asia kerana ia berada pada kedudukan tinggi pada semua metrik yang dipertimbangkan dalam penyelidikan kami. Ia adalah negara keenam paling demokratik di benua itu.

“Selain itu, ia adalah negara kelima paling banyak dikunjungi di Asia, mengalu-alukan lebih 10 juta pelancong pada tahun 2022.

“Orang ramai menuju ke negara Asia Tenggara bukan sahaja untuk mendapatkan pengalaman pantai yang menakjubkan dan kehidupan bandar yang mewah, tetapi juga meneroka budaya dan tradisi tempatan yang diperkaya oleh penduduk tempatan yang peramah dan mesra,” ujar portal itu.

image is not available

Sikap dan sifat rakyat Malaysia yang disenangi ramai jadi salah satu faktor penyumbang

Tidak dinafikan, sikap rakyat Malaysia itu sendiri yang peramah dan mesra menjadi salah satu faktor negara ini disayangi ramai termasuk pelancong antarabangsa.

Selain itu, rakyat Malaysia juga cukup dikenali oleh para pelancong luar negara dengan sifat keikhlasan dalam membantu tanpa mengira situasi.

Malah, hampir keseluruhan rakyat di negara ini fasih berbahasa Inggeris sekali gus memudahkan para pelancong untuk berkomunikasi.

Baca Artikel Berkaitan:

Source: