Malaysia-Oman: Keadaan padang SNBJ kelihatan baik

26 Mar 2024 • 8:07 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Keadaan padang SNBJ dilihat berada dalam keadaan baik menjelang sepak mula Malaysia menentang Oman pada jam 10 malam ini. Foto Agensi

KEADAAN padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) dilihat berada dalam keadaan baik menjelang sepak mula Malaysia menentang Oman pada jam 10 malam ini.

Pemerhatian dari tempat duduk penonton mendapati permukaan padang kelihatan cantik menghijau, biarpun kelihatan tampalan rumput di beberapa bahagian.

Namun kualiti sebenar padang akan teruji apabila kedua-dua pasukan turun beraksi dalam Kumpulan D Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 sebentar lagi.

Apa pun diharapkan malam ini tidak berlaku hujan kerana dikhuatiri mungkin boleh memberi kesan buruk kepada rumput.

Kesediaan padang sebelum ini mencetuskan tanda tanya dalam kalangan pemain susulan mereka tidak dibenarkan menjalani latihan di venue itu pada Isnin.