Malaysia pantau Selat Hormuz setiap hari

LocalBusiness & Finance
29 Aug 2026 • 8:26 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Malaysia pantau Selat Hormuz setiap hari

KOTA BHARU: Perkembangan di Asia Barat termasuk situasi di Selat Hormuz dipantau setiap hari oleh kerajaan menerusi papan pemuka Pantau Krisis bagi memastikan Malaysia sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan yang boleh menjejaskan bekalan dan ekonomi negara.

Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Seri Mohd. Shahar Abdullah berkata, papan pemuka yang dibangunkan dengan kerjasama Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) itu membolehkan kerajaan mendapatkan maklumat terperinci berkaitan perkembangan krisis yang sedang berlaku.

Katanya, kemudahan berkenaan turut menjadi saluran kerajaan untuk berkomunikasi dengan rakyat mengenai perkembangan semasa krisis tersebut.

“Kita tidak boleh cakap (situasi di Asia Barat) semakin baik atau memburuk kerana ia sukar diramalkan. Apa yang kita buat adalah sentiasa memantau 24 jam melalui agensi-agensi kita.

“Sekiranya ada perkara-perkara mendesak, kita terus adakan mesyuarat,” katanyaselepas Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) Negeri Kelantan Kali Ke-49, di sini, malam tadi.

Mohd. Shahar berkata, pemantauan kerajaan bukan hanya tertumpu kepada kemampuan bekalan minyak negara untuk bertahan sehingga hujung tahun ini, malah meliputi pelbagai aspek termasuk inflasi barangan dan keadaan pasaran pekerjaan.

“Pemantauan kerajaan bukan hanya mengenai kemampuan bekalan minyak kepada negara bertahan sehingga penghujung tahun ini tetapi dari pelbagai segi termasuk inflasi barangan supaya tekanan kepada masyarakat tidak dirasai secara keseluruhan.

“Kita juga melihat bagaimana pekerja-pekerja dibuang kerja dan mereka yang mendapat pekerjaan baharu. Semua ini kita lihat,” ujarnya. – UTUSAN

 

The post Malaysia pantau Selat Hormuz setiap hari appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved