Lelaki nekad dilanggar kereta, dakwa mahu tuntut pampasan

29 Aug 2026 • 3:42 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Lelaki nekad dilanggar kereta, dakwa mahu tuntut pampasan

GEORGE TOWN – Seorang lelaki tular selepas dia dipercayai senjaga terjatuh ke laluan jalan ketika sebuah kereta melalui jejambat berhampiran Hospital Lam Wah Ee, Jelutong di sini, hari ini.

Kejadian itu dikongsikan menerusi Facebook Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Lanchang, Ong Ah Teong selepas tular rakaman kamera papan pemuka (dashcam) berdurasi 16 saat itu, sejak semalam.

Berdasarkan video tersebut, lelaki tersebut dilihat berdiri di tepi penghadang jejambat sebelum kehadiran sebuah kereta di laluan berkenaan.

Menurut beliau, tindakan itu dipercayai bagi mendapatkan pampasan dengan mendakwa dirinya dilanggar kenderaan.

“Orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati dan tidak menjadi mangsa sekiranya berdepan situasi seumpama ini.

“Saya telah memaklumkan perkara ini kepada Balai Polis Jelutong dan Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut bagi mengelakkan kejadian tidak diingini, termasuk kemalangan,” katanya di sini, tadi.

Terkini katanya, polis memaklumkan suspek telah ditahan bagi membantu siasatan.

“Terima kasih kepada pihak polis dengan tindakan pantas dan berjaya menangkap suspek tersebut,” tambah Ah Teong. -KOSMO! ONLINE

 

The post Lelaki nekad dilanggar kereta, dakwa mahu tuntut pampasan appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved