Malaysia Sedia Bantu Indonesia Tangani Kebakaran Hutan - Ahmad Zahid

16 Oct 2026 • 9:17 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Malaysia Sedia Bantu Indonesia Tangani Kebakaran Hutan - Ahmad Zahid

TIANJIN (CHINA), 16 Okt (Bernama) -- Malaysia bersedia menghulurkan bantuan kepada Indonesia bagi menangani kebakaran hutan dan tanah yang meluas di negara itu, susulan keputusan Presiden Prabowo Subianto meluluskan tawaran bantuan daripada negara jiran.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata Malaysia menghargai keterbukaan kerajaan Indonesia menerima bantuan asing, dalam usaha menangani kebakaran berkenaan.

Beliau berkata walaupun bantuan yang ditawarkan Malaysia mungkin kecil, pentadbiran Putrajaya tetap bersedia membantu negara jiran itu atas semangat persahabatan dan hubungan baik antara kedua-dua negara.

"Kita berterima kasih kepada kerajaan Indonesia dan Prabowo, kerana terbuka menerima bantuan asing untuk menangani kebakaran hutan,

Walaupun pertolongan yang kita tawarkan kecil, Malaysia bersedia menghantar bantuan bagi membantu negara jiran kita," katanya lagi dan menambah Malaysia menghargai keterbukaan Prabowo dalam perkara tersebut.

Baca juga:

Beliau berkata demikian kepada wartawan Malaysia pada sesi minum petang, sebelum berlepas pulang selepas menamatkan lawatan kerja lima hari ke China hari ini.

Terdahulu, Menteri Luar Indonesia, Arrmanatha Nasir, dilaporkan berkata cadangan bantuan daripada negara jiran telah mendapat kelulusan Prabowo dan kini dalam perbincangan teknikal bagi menentukan pengaturan pelaksanaannya.

Bagaimanapun, Arrmanatha tidak memperincikan negara yang menawarkan bantuan atau bentuk bantuan yang sedang dipertimbangkan.

Malaysia sebelum ini menawarkan untuk mengatur gerak sebuah pesawat Bombardier CL-415MP, tiga helikopter dan 52 anggota, bagi membantu Indonesia menangani kebakaran tersebut.

Pada 19 Sept, Ahmad Zahid mengumumkan bahawa Prabowo telah menerima tawaran berkenaan ketika pertemuan mereka di Hambalang, Jawa Barat, pada 18 Sept.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved