Malaysia secara prinsip bersetuju menyokong permohonan Maldives bagi mendapatkan kemudahan kewangan bernilai AS$100 juta.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kemudahan itu berbentuk pinjaman mudah dan akan dilaksanakan menerusi pihak berkuasa monetari kedua-dua negara.
Malaysia masih perincikan syarat pinjaman

Menurut Anwar, Bank Negara Malaysia (BNM) dan Maldives Monetary Authority (MMA) kini sedang memperincikan syarat serta mekanisme pelaksanaannya.
Malaysia juga mengambil kira rekod pembayaran Maldives, hubungan kerjasama antara kedua-dua negara serta jaminan kerajaan yang perlu disediakan.
Ini sebenarnya jenis pinjaman mudah, tetapi dilakukan melalui BNM dan badan kewangan.- Katanya.
Mahu diselesaikan secepat mungkin

Permohonan itu sebelum ini dibangkitkan Presiden Maldives, Dr Mohamed Muizzu kepada Anwar, termasuk menerusi surat berkaitan keperluan mendapatkan maklum balas daripada BNM.
Kita pada dasarnya telah bersetuju untuk menyokong perkara ini walaupun kedua-dua bank pusat dan MMA perlu bekerjasama secepat mungkin berhubung mekanisme serta proses bagi memastikan perjanjian itu dapat dimuktamadkan dalam tempoh paling singkat.- Katanya.
Anwar turut menegaskan kemudahan itu bergantung kepada hubungan baik yang terjalin antara kedua-dua negara.
The post Malaysia Setuju Sokong Pinjaman Mudah AS$100 Juta Untuk Maldives appeared first on Oh! Media.





