Malaysia tegas tidak benar laluan penghantaran sokong keupayaan tentera Israel – PM

LocalPolitics
16 Sep 2026 • 12:12 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Malaysia tegas tidak benar laluan penghantaran sokong keupayaan tentera Israel – PM

PETALING JAYA – Malaysia kekal dengan pendirian yang jelas dan tegas untuk tidak membenarkan negara ini dijadikan sebagai laluan bagi sebarang penghantaran yang menyokong atau menyumbang kepada keupayaan ketenteraan Israel.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sebarang penghantaran yang mencurigakan akan tertakluk kepada pemeriksaan dan siasatan mengikut undang-undang Malaysia.

“Pendirian Malaysia jelas dan tegas. Kita tidak akan membenarkan negara ini digunakan sebagai laluan bagi sebarang penghantaran yang menyokong atau menyumbang kepada keupayaan ketenteraan Israel serta kekejamannya terhadap rakyat Palestin dan nyawa orang awam tidak berdosa.

“Sebarang penghantaran mencurigakan akan diperiksa dan disiasat mengikut undang-undang Malaysia. Jika pelanggaran undang-undang terbukti, tindakan tegas akan diambil,” katanya menerusi platform X, malam ini.

Anwar berkata demikian susulan terdapat laporan media asing mengenai dakwaan rampasan beberapa lagi penghantaran yang dipercayai menuju ke Israel di salah sebuah pelabuhan terbesar negara. – KOSMO! ONLINE

The post Malaysia tegas tidak benar laluan penghantaran sokong keupayaan tentera Israel – PM appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved