Malaysia setuju secara prinsip sokong permohonan kemudahan AS$100 juta Maldives

LocalBusiness & Finance
15 Sep 2026 • 8:36 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Malaysia setuju secara prinsip sokong permohonan kemudahan AS$100 juta Maldives

PETALING JAYA – Malaysia bersetuju secara prinsip untuk menyokong permohonan Maldives Monetary Authority bagi mendapatkan kemudahan kewangan berjumlah AS$100 juta.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata, Bank Negara dan Pihak Berkuasa Monetari Maldives akan memperincikan mekanisme serta proses pelaksanaannya kelak.

Perkara itu dimaklumkan Anwar, selepas menyaksikan pertukaran dua memorandum persefahaman Malaysia-Maldives dalam bidang pertahanan serta hal ehwal Islam di Pejabat Presiden Maldives, Malé, hari ini.

“Saya juga akan berbincang dengan Petronas mengenai cadangan untuk meneroka potensi kerjasama tenaga di Maldives,” katanya menerusi media sosial, hari ini.

Dalam perkebangan lain, Anwar turut mencadangkan supaya penganjuran Suruhanjaya Bersama Malaysia-Maldives disegerakan, bagi menyelesaikan perkara-perkara berbangkit.

“Saya memaklumkan cadangan untuk menyegerakan penganjuran Mesyuarat Suruhanjaya Bersama Malaysia-Maldives bagi menyelesaikan perkara berbangkit, selain menetapkan langkah konkrit untuk memperluas kerjasama dua hala.

“Kami turut senada dalam mendesak pelaksanaan berkesan komitmen antarabangsa bagi menangani perubahan iklim, termasuk penyaluran pembiayaan yang telah dijanjikan kepada negara-negara paling terkesan seperti Maldives,” ujarnya.

Tambah beliau, Malaysia dan Maldives juga akan terus teguh bersama rakyat Palestin serta menolak penjajahan, kekejaman dan pencabulan nilai kemanusiaan di Gaza.

“Saya menghargai ketegasan Presiden Maldives, Dr Mohamed Muizzu, dalam menyuarakan keadilan, kebebasan dan hak asasi rakyat Palestin,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

The post Malaysia setuju secara prinsip sokong permohonan kemudahan AS$100 juta Maldives appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved