Malaysia terima pesawat FA-50M kumpulan pertama Jumaat ini

LocalPolitics
26 Oct 2026 • 5:04 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Malaysia terima pesawat FA-50M kumpulan pertama Jumaat ini

KUALA LUMPUR: Malaysia akan menerima kumpulan pertama pesawat pejuang tempur ringan (LCA) FA-50M Block 20 buatan Korea Selatan pada Jumaat ini.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, penerimaan pesawat berkenaan merupakan sebahagian daripada usaha memperkukuh keupayaan tempur udara Angkatan Tentera Malaysia (ATM), sekali gus meningkatkan keupayaan pertahanan ruang udara negara.

Katanya, pesawat berkenaan akan ditempatkan di Pangkalan Udara Kuantan, Pahang dan sebahagiannya di Pangkalan Udara Labuan, Sabah.

“Penerimaan pesawat ini adalah untuk memperkukuh keupayaan tempur udara Angkatan Tentera Malaysia (ATM),” katanya ketika sesi penggulungan perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2027 di Dewan Rakyat, di sini hari ini.

Pesawat berkenaan dilengkapi teknologi radar Active Electronically Scanned Array (AESA) serta Sniper Advanced Targeting Pod yang memberikan kelebihan taktikal dan keupayaan serangan tepat.

Terdahulu, Malaysia memeterai kontrak perolehan 18 buah pesawat bernilai RM4 bilion dengan syarikat Korea Aerospace Industries (KAI) pada Mei 2023.

Baki pesawat yang lain akan dihantar secara berperingkat dan dijangka selesai sepenuhnya antara Mac hingga Jun 2028. – UTUSAN

The post Malaysia terima pesawat FA-50M kumpulan pertama Jumaat ini appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved