Piala FA: Kuching City sasar bekalan selesa, Rodney akui Selangor bukan lawan mudah

23 Oct 2026 • 12:00 AM MYT
Stadium Astro
Stadium Astro

The latest sports results, news, match highlights, schedules and more

Piala FA: Kuching City sasar bekalan selesa, Rodney akui Selangor bukan lawan mudah

Tonggak pertahanan Kuching City, Rodney Celvin Akwensivie, menegaskan dirinya bersama rakan sepasukan sudah bersedia sepenuhnya untuk menghadapi Selangor menjelang aksi separuh akhir pertama Piala FA 2026/2027, Jumaat ini.

Pemain yang mesra disapa Bonai itu mengakui beraksi di Stadium MBPJ bukan tugas mudah, namun tetap optimis The Cats mampu mempamerkan aksi terbaik bagi membawa pulang keputusan positif.

Kuching City pastinya mahu mendapatkan bekalan selesa sebelum melayan kunjungan Selangor dalam aksi timbal balik di laman sendiri pada 8 November depan.

Bagi Rodney, keutamaan sekiranya diberikan kepercayaan beraksi adalah memastikan benteng pertahanan pasukan kekal kukuh, selain membantu Kuching City mendapatkan keputusan yang memihak kepada mereka.

Pertahanan berusia 29 tahun itu turut menyimpan impian untuk membantu kelab berkenaan melangkah ke final Piala FA buat kali pertama sejak penubuhannya pada 2015.

Bagaimanapun, cabaran Selangor dijangka menguji ketahanan serta disiplin pasukan kendalian Kuching City, terutama ketika beraksi di hadapan penyokong tuan rumah.

Untuk rekod, perjalanan Kuching City dalam saingan Piala FA musim lalu terhenti di separuh akhir selepas tewas kepada juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT), dengan agregat 1-4.

Justeru, pertemuan kali ini membuka peluang buat The Cats memperbaiki pencapaian terdahulu dan memburu satu lagi detik bersejarah dalam perjalanan kelab itu.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved