
KUALA LUMPUR – Harapan Malaysia untuk rangkul kejuaraan buat kali pertma dalam tempoh 38 tahun tidak berhasil selepas tewas 0-2 kepada seteru utama, Thailand pada aksi final acara regu berpasukan Piala Raja Thai, sebentar tadi.
Mengambil kira bermain di tempat sendiri, Thailand nyata menyiapkan skuad terbaik sekali gus menebus kecewa gagal raih kemenangan pada Sukan SEA dan Piala Dunia 2026.
Dalam set pertama, Zarif Marican Ibrahim Marican sebagai tekong, Noraizat Nordin (perejam) dan Kamarul Ezzad Kamarul Imran (pengumpan) menjadi taruhan Malaysia namun Thailand nyata terlalu unggul.
Thailand yang dibarisi Pornthep Tinbangbon (tekong), Jirasak Pakbuangeon (perejam) dan Marukin Phanmakon (pengumpan) berjaya menamatkan perlawanan 15-7, 15-1, sekali gus memastikan mata pertama.
Di set kedua, pengendali negara, Ahmad Jais Baharun membariskan Haziq Hairul Nizam (tekong), Hafizul Hayazi Adnan (perejam) dan Zulefendi Sumari (pengumpan) namun trio negara nyata tidak menemui ‘ubat’ untuk mengangkat bola libasan perejam tuan rumah, Tanaphon Sapyen.
Walaupun dilihat cuba memberikan tentangan, skuad negara terpaksa akur untuk membenarkan regu kedua Thailand meraih kemenangan 15-9, 15-12. – KOSMO! ONLINE
The post Malaysia terus ‘dilibas’ Thailand appeared first on Kosmo Digital.



