Malaysia terus jadi rujukan dunia dalam pengurusan Islam, haji - Zulkifli

16 May 2026 • 2:03 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Malaysia terus jadi rujukan dunia dalam pengurusan Islam, haji - Zulkifli
Zulkifli menyampaikan ucapan pada Majlis Perasmian Kerjasama Strategik Kementerian Ekonomi dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan di bawah Program Inisiatif Pendapatan Rakyat - Inisiatif Usahawan Makanan (IPR-INSAN) di Masjid Wilayah Persekutuan pada Sabtu. Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Malaysia terus menjadi rujukan dunia dalam aspek pengurusan hal ehwal agama dan haji, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan.

Beliau berkata, meskipun Islam kini berdepan pelbagai cabaran dan diskriminasi di peringkat global, Malaysia memperlihatkan pengurusan Islam yang baik sehingga menjadi contoh kepada banyak negara.

"Realitinya, negara kita menjadi rujukan dunia terhadap amalan Islam termasuk pengurusan dan aspek hal ehwal agama,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Multaqa Petugas Jemaah dan Agensi 2026, sebuah himpunan petugas serta agensi yang terlibat dalam pengurusan dan kebajikan jemaah haji anjuran Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) di sini pada Sabtu.

Sementara itu, Zulkifli berkata, cabaran dunia hari ini yang semakin kompleks dan tidak menentu menuntut satu pendekatan serta cara fikir baharu supaya institusi dan gerakan Islam terus kekal relevan serta berada di hadapan.

Beliau berkata, semua pihak tidak boleh terlalu selesa, sebaliknya perlu terus berfikir, berinovasi dan menawarkan perkhidmatan lebih baik kepada masyarakat selaras konsep "Itqan” yang menekankan aspek kualiti, profesionalisme, ketelitian dan ketekunan. - Bernama

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved