Malaysia, Thailand percepat penyelesaian isu perikanan

9 Jul 2026 • 5:51 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Malaysia, Thailand percepat penyelesaian isu perikanan
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (kanan), menerima kunjungan hormat Timbalan Perdana Menteri merangkap Pemangku Perdana Menteri Thailand, Anutin Charnvirakul, sempena lawatan rasmi beliau selama dua hari ke Malaysia di Bangunan Perdana Putra pada Khamis. Foto Bernama

PUTRAJAYA - Malaysia dan Thailand bersetuju mempercepat penyelesaian isu perikanan yang masih tertangguh di antara kedua-dua negara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, persetujuan itu dicapai dalam pertemuan empat mata bersama rakan sejawatnya dari Thailand, Anutin Charnvirakul, di Kompleks Seri Perdana, di sini, pada Khamis.

"Kami menyelesaikan isu tertunggak berkaitan perikanan dengan komitmen kedua-dua menteri.

"Mereka (sebelum ini) mahu memorandum itu diteruskan dan berkuat kuasa dalam tempoh satu setengah bulan. (Tetapi) kami bersetuju ia perlu dikuatkuasakan dalam tempoh seminggu," katanya pada sidang media bersama Anutin di Kompleks Seri Perdana.

Pada 16 Mei lalu, Malaysia memperketat kawalan import produk perikanan dari Thailand menerusi penguatkuasaan keperluan Sijil Analisis (CoA) bagi ikan siakap serta sekatan sementara terhadap lima spesies udang bermula 1 Jun.

Sekatan sementara itu membabitkan spesies Penaeus esculentus (udang harimau coklat), Fenneropenaeus merguiensis (udang kaki merah/putih), Penaeus vannamei (udang putih lutz), Penaeus monodon (udang harimau) dan Penaeus stylirostris (udang biru). - Awani 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved