Malaysia zahir solidariti kepada Indonesia hadapi bencana gunung berapi, jerebu

6 Sep 2026 • 12:17 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Malaysia zahir solidariti kepada Indonesia hadapi bencana gunung berapi, jerebu

PETALING JAYA: Malaysia menzahirkan solidariti kepada Indonesia susulan bencana gunung berapi dan cabaran jerebu yang sedang dihadapi negara jiran itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau menzahirkan perkara tersebut kepada bekas Presiden Indonesia, Joko Widodo atau Jokowi yang kini berada di Pulau Pinang bagi menghadiri Penang Peace Dialogue.

“Saya zahirkan permohonan maaf kerana tidak dapat menyantuni Pak Jokowi secara langsung di sana berikutan rencana bersama golongan petani, penternak, peladang dan komuniti agro di Pameran Pertanian, Hortikultur & Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2026 yang telah dijadualkan lebih awal.

“Kami bertukar khabar dalam suasana penuh mesra, selain saya menzahirkan solidariti kepada saudara-saudara kita di Indonesia susulan bencana gunung berapi serta cabaran jerebu yang sedang dihadapi,” katanya menerusi kenyataan di Facebook.

Anwar berkata, Malaysia dan Indonesia bukan sekadar negara jiran, malah merupakan dua bangsa serumpun yang diikat oleh sejarah, budaya dan persaudaraan yang akrab.

“Amanah dan kedudukan boleh silih berganti, namun persahabatan dan rasa hormat akan terus kekal.

“Insya-Allah, ikatan ini akan terus dipelihara demi kesejahteraan rakyat kedua-dua negara serta keamanan dan kemakmuran rantau,” katanya. – UTUSAN 

 

The post Malaysia zahir solidariti kepada Indonesia hadapi bencana gunung berapi, jerebu appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved