Baru-baru ini, tular di media sosial beberapa individu dilihat melakukan sesuatu yang tidak sepatutnya dilakukan oleh mereka yang berkunjung ke negara lain.
Video tersebut menunjukkan individu menyalahgunakan mesin minuman layan diri (kemungkinan di kedai seperti 7-Eleven), menumpahkan minuman, mengisi cawan secara berlebihan dan meninggalkan kawasan dalam keadaan kotor.
Artikel berkaitan: Tular Pernah Kecam Para Ustazah, Netizen Sejuk Hati Lihat Kak KM Jumpa Ustazah Asma’ Harun Siap Cium Lagi
Artikel berkaitan: Warnakan Anak Anjing Menyerupai Panda, Zoo Di China Terima Kecaman Warganet
Tindakan itu membuatkan ramai yang memberikan kecaman terhadap mereka, malah apa yang lebih memalukan ialah mereka sedang berada di luar negara.
Rata-rata netizen meluahkan rasa hampa mereka selepas melihat tindakan sekumpulan lelaki itu, ada juga yang menegur agar tiada lagi individu yang membuat tindakan sebegitu.

Hantaran itu bagaimanapun sudah dipadam dari platform TikTok namun masih boleh ditonton di platform X.
Setakat artikel ini ditulis, tiada mana-mana kenyataan permohonan maaf atau penjelasan daripada individu tersebut.
Sumber: XArtikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.




