“Mantaplah orang Turki!” – Ramai Teruja Lihat PMX Layan Lagu Azizah, Hebat Berkumandang Di Türkiye

LocalPolitics
9 Jan 2026 • 11:19 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Semalam, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX) dan isteri telah tiba di Istanbul bagi menyambung lawatan rasmi tiga hari beliau ke Turkiye.

Apa yang menarik perhatian netizen baru-baru ini, tular video memaparkan ketibaan PMX telah diraikan dengan persembahan daripada Ottoman Military Bands atau Mehter yang menyanyikan lagu-lagu Bahasa Melayu yang terkenal di negara kita.

image is not available

Lebih menarik lagi, band ini dilihat mempersembahkan lagu kegemaran Anwar iaitu Azizah dendangan Tan Sri P. Ramlee dengan gubahan ala irama lagu Turki.

Selain lagu Azizah, lagu Rasa Sayang juga antara yang dimainkan dalam persembahan itu.

Persembahan berkenaan ternyata menarik perhatian Anwar dan Datuk Seri Wan Azizah yang terkesima dan gembira dengan lagu yang disampaikan itu.

Rata-rata netizen yang melihat video itu berasa bangga apabila lagu dari Malaysia dimainkan di luar negara dan ramai juga memuji reaksi comel isteri perdana menteri apabila melihat persembahan itu.

image is not available

Sumber: X

Sumber: Berita Harian

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.