“Malu kak oi, depan kau orang ramai” – Individu Pertikai Wanita Baru Lepas Bersalin Minum Air Di Khalayak Ramai

24 Feb 2026 • 2:41 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

image is not available

Dah masuk tahun 2026, ternyata masih wujud lagi individu yang kurang senang melihat orang lain minum air di tempat awam atas sebab-sebab tertentu ketika bulan Ramadan.

Dalam satu perkongsian di Threads, seorang wanita didakwa telah mempertikai seorang ibu yang baru lepas bersalin minum air semasa berada di dalam klinik ibu dan anak.

Dalam pada itu, wanita tersebut turut memberikan satu pesanan sinis kepada wanita yang baru lepas bersalin itu agar mempunyai rasa malu kerana tindakannya meminum air di khalayak ramai tidak sesuai dilakukan dan wanita tersebut boleh ‘bersembunyi’ jika ingin meminum air.

image is not available

Perkongsian ini membuatkan rata-rata netizen memberikan respon dan sekaligus menempelak sikap wanita tersebut.

“Tak pernah puasa sunat ke? Tak pernah ganti puasa?”

Menurut seorang netizen, kebiasaannya doktor akan menasihati ibu yang baru lepas bersalin untuk banyak minum air dan kurangkan berjalan, jadi amat mustahil kalau ibu baru lepas bersalin hendak berjalan ke kereta semata-mata untuk meminum air.

Bahkan, individu ini juga meminta wanita tersebut untuk gunakan logik akal kerana dia berada di dalam klinik ibu dan anak yang terang-terang khusus untuk ibu bersalin.

image is not available

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen yang menyokong kata-kata individu ini dan bagi mereka bulan puasa adalah cara di mana kita mengawal diri, bukannya ‘mengawal orang lain’.

Sekadar info, menerusi Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan, hukum bagi seseorang yang ada keuzuran untuk tidak berpuasa dan makan siang hari di bulan Ramadan ini adalah harus, namun ia lebih afdhal jika dilakukan di tempat sunyi dari penglihatan orang ramai.

Bagaimanapun, dalam konteks ini, situasi berbeza dengan ibu yang bersalin yang membuatkan pergerakan mereka terbatas.

Sumber : Mufti WP, Threads

Sumber: Gambar Hiasan

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.