“Malu sampai ke sini” –  2 Mat Salleh Tak Tahan Lihat Gelak Wanita Nyanyi Lagu ‘Lion King’ Depan Singa

EntertainmentLifestyle
27 Jan 2026 • 4:45 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

image is not available

Baru-baru ini, tular satu hantaran di TikTok berkenaan tindakan ‘gila-gila’ seorang wanita di zoo yang menarik perhatian ramai.

Video tersebut telah membuatkan ramai netizen terhibur sehinggakan ia meraih lebih 1.5 juta jumlah tontonan dalam masa sehari dimuat naik.

Artikel berkaitan: “Kalau lah saya…” – Amir Raja Lawak Kongsi Kisah Hidup, Hampir Bekerja Di Hospital

Dalam video yang berdurasi 14 saat itu, dilihat wanita berkenaan berada  di zoo dan berhadapan dengan sebuah kandang haiwan iaitu singa. Apa yang membuatkan ramai tergelak apabila wanita tersebut menyanyikan satu lagu daripada filem The Lion King yang berjudul Circle Of Life untuk ‘memanggil’ singa tersebut.

Dilihat dua lelaki mat salleh yang berada berdekatan tidak mampu menahan gelak dengan kerenah wanita tersebut dan individu yang merakam juga turut kedengaran ketawa.

@cikliyaa7

Bertabah laa matsaleh oi minah ni kacip pestime jumpa binatang. #simba #funnyvideos #lion #zoo

♬ original sound – CikLiyaa – CikLiyaa

Menjengah ke ruang komen, ramai yang terhibur dengan sikap wanita ini dan ada juga yang berasa malu.

image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.