“Mama & Abah Aliran Sains, Awak Pun Kena..” – Tegas Suruh Anak Ambil Aliran Sains Demi Masa Depan, Video Wanita Ini Raih Perhatian Netizen

Family & Parenting
27 Feb 2024 • 11:46 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini melalui platform TikTok, tular satu video memaparkan seorang remaja mengadu kepada ibu bapanya bahawa dia enggan mengambil aliran sains di sekolah kerana tidak gemar.

Ibu bapa tetap bertegas

Biarpun sudah mengadu kepada ibu bapanya bahawa aliran sains terlalu susah buat dia, si ibu seakan-akan tidak mengendah pujukan anak yang mahukan aliran lain yang ada di sekolah terbabit.

Kata si ibu, jika dia serta suami mampu untuk mengambil subjek fizik, kimia dan lain-lain dengan mudah, maka anaknya juga mampu melakukan hal yang sama.

 

image is not available

Netizen tegur jangan paksa anak

Susulan video berkenaan telah meraih perhatian di platform media sosial itu, rata-rata netizen meninggalkan teguran di ruangan komen buat ibu bapa pelajar tersebut.

Sedar dengan teguran yang diterima, si ibu tampil pertahankan diri dengan berkata jika dia serta suami mampu mengambil aliran sains sewaktu kemudahan tidak mencukupi, maka anaknya ketika ini yang mempunyai segalanya boleh ambil subjek sains dengan cemerlang.

image is not available

image is not available

image is not available 6 months ago

"Aku Nak Anak Kau B*doh, Gila!" - Anak Sendiri Cuma Dapat 2A, Ibu 'Busuk Hati' Hantar Sihir Pada Pelajar Straight A+