Kerajaan Negeri Selangor akan membuka permohonan fasa baru insentif MamaKerja bermula 17 Ogos 2026 ini melalui aplikasi Nine.
MamaKerja adalah salah satu insentif yang dibentangkan dalam Belanjawan Selangor 2026 yang bertujuan mengurangkan beban kewangan ibu bekerja dalam urusan penjagaan anak.
Ibu yang layak boleh mendapatkan bantuan tunai RM1,000 jika mempunyai sekurang-kurangnya 1 anak berumur 6 tahun dengan pendapatan isi rumah tidak melebihi RM8,000 sebulan.
Rujuk info lebih terperinci mengenai syarat-syarat dan cara permohonan di bawah.

Apa Itu Insentif MamaKerja?
Insentif MamaKerja adalah bantuan tunai khas yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk menyokong ibu bekerja yang mempunyai anak berumur 6 tahun ke bawah.
Sejak dilancarkan, Kerajaan Negeri talah menerima 5,595 permohonan dan seramai 3,850 ibu bekerja telah menerima insentif ini.
Kini, melalui Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor Fasa 2, Kerajaan Negeri Selangor menambah lagi peruntukan RM5 juta yang menjadikan jumlah keseluruhan RM10 juta untuk memanfaatkan 10,000 ibu bekerja Selangor.
Insentif ini bukan sahaja memberikan sokongan kewangan tetapi juga mengiktiraf peranan penting wanita dalam ekonomi negeri dan membantu mereka terus aktif dan produktif dalam pasaran tenaga kerja sambil mengurus keluarga dengan lebih baik.

Tarikh Permohonan
Permohonan akan dibuka pada bulan 17 Ogos 2026 melalui aplikasi NINE.

Jumlah Insentif
Setiap pemohon yang layak akan menerima insentif sebanyak RM1,000.
Sasaran Insentif
Sasaran utama insentif MamaKerja adalah ibu bekerja di Selangor yang benar-benar memerlukan sokongan kewangan untuk membiayai kos penjagaan dan asuhan anak-anak mereka.
Program ini menyasarkan kira-kira 10,000 ibu bekerja Selangor yang mempunyai anak berumur 6 tahun ke bawah.
Syarat Kelayakan
- Wanita bekerja dan bermajikan.
- Merupakan rakyat Selangor (lahir di Selangor atau bermastautin di Selangor melebihi 10 tahun).
- Mengundi di Selangor.
- Berpendapatan isi rumah RM8,000 dan ke bawah.
- Individu yang mempunyai akaun Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
- Mempunyai anak sekurang-kurangnya 1 anak berumur 6 tahun ke bawah.
- Bukan penerima bantuan ASUH PINTAR, TUNAS dan BINGKAS.
Cara Mohon Bantuan MamaKerja 2026
Permohonan insentif ini boleh dibuat di aplikasi Nine yang boleh dimuat turun menerusi Google Play dan Apple App Store.
Anda perlu log masuk dan membuat permohonan melalui aplikasi tersebut.
MUAT TURUN APLIKASI NINE:
- Google Play: https://play.google.com/store/apps/details?id=net.nyne.wallet&hl=ms
- Apple App Store: https://apps.apple.com/my/app/nine-app/id6744874358.
Maklumat Lanjut
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai insentif MamaKerja, sila rujuk saluran berikut:
- Laman Web : https://www.selangor.gov.my
- Facebook : https://www.facebook.com/MediaSelangor
Baca juga: Iltizam Keusahawanan Selangor – Senarai Bantuan untuk Usahawan/Peniaga
Soalan Lazim MamaKerja
Apa itu insentif MamaKerja?Insentif tunai sebanyak RM1,000 untuk wanita bekerja di Selangor bagi meringankan beban penjagaan anak-anak berumur 12 tahun dan ke bawah.
Bilakah permohonan insentif ini dibuka?Permohonan rasmi dibuka mulai 17 Ogos 2026.
Siapakah yang layak memohon?– Wanita bekerja dan bermajikan.
– Rakyat Selangor (lahir atau bermastautin lebih dari 10 tahun).
– Pendapatan isi rumah RM8,000 ke bawah.
– Mempunyai sekurang-kurangnya tiga anak berumur 12 tahun dan ke bawah.
– Mempunyai akaun LHDN atau KWSP.
– Bukan penerima bantuan lain seperti ASUH, PINTAR, TUNAS, dan BINGKAS.
Ibu yang tidak bekerja tidak layak memohon insentif ini kerana salah satu syarat utama adalah pemohon mesti wanita bekerja dan bermajikan.
Bagaimana cara permohonan insentif ini boleh dibuat?Permohonan dibuat secara dalam talian melalui aplikasi Nine yang boleh dimuat turun menerusi Google Play dan Apple App Store.




