Persaingan sengit industri perhotelan dikhuatiri jejaskan prestasi Grand Central pada FY26

Business & Finance
10 Aug 2026 • 5:30 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Persaingan sengit industri perhotelan dikhuatiri jejaskan prestasi Grand Central pada FY26 Image from: Persaingan sengit industri perhotelan dikhuatiri jejaskan prestasi Grand Central pada FY26 amree10/08/2026 - 17:30 Oleh AMREE AHMAD amree@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 10 OgosGrand Central Enterprises Berhad kini menempuh fasa mencabar dalam industri perhotelan apabila berdepan dengan persaingan yang sengit termasuk daripada penginapan alternatif.

 

Pada masa sama, peningkatan kos operasi, kekurangan pekerja mahir serta kesukaran mengekalkan dan merekrut kakitangan baharu bagi operasi hotel turut boleh menjejaskan prestasi kewangan pada FY26.

 

Meskipun berdepan pelbagai rintangan, kumpulan itu meletakkan harapan pada prospek separuh kedua 2026 yang dijangka dipacu peningkatan ketersambungan penerbangan dari China, India, dan Singapura.

 

"Berdasarkan laporan kewangan tidak diaudit bagi separuh pertama berakhir 30 Jun 2026, kumpulan mencatatkan kerugian bersih naik kepada RM6.37 juta," maklum Grand Central kepada Bursa Malaysia.

 

Prestasi lemah tersebut menunjukkan peningkatan kerugian secara ketara berbanding tempoh sama pada tahun kewangan sebelumnya, apabila syarikat itu mencatatkan kerugian selepas cukai RM4.49 juta.

 

Ujarnya, pendapatan kumpulan berkenaan, bagi tempoh enam bulan tersebut turut menyusut kepada RM11.1 juta, berbanding sebanyak RM12.4 juta yang pernah dicatatkan pada tempoh sama tahun lalu.

 

Grand Central_DagangNews2026

 

Kemerosotan hasil ini secara khusus berpunca daripada penurunan jualan segmen makanan dan minuman (F&B) serta penyusutan kecil dalam kadar purata bilik dan penghunian hotel di bawah Grand Central.

 

"Bagi suku kedua sahaja (2QFY26), kumpulan mencatatkan kerugian sebelum cukai (LBT) sebanyak RM2.46 juta, meningkat daripada hanya kerugian RM1.59 juta pada suku kedua tahun sebelumnya," jelasnya.

 

Bagaimanapun, terdapat sedikit 'sinar' pemulihan pada suku tersebut berbanding suku sebelumnya (1QFY26), dengan kadar penghunian bilik meningkat sebanyak 5% dan jualan F&B melonjak kira-kira 9%.

 

Dari segi pengurusan kos, perbelanjaan operasi Grand Central bagi separuh pertama 2026 berjumlah RM18.11 juta, menyaksikan peningkatan berbanding hanya RM17.67 juta pada tahun yang sebelumnya.

 

Lembaga Pengarah menjangkakan prestasi untuk suku akan datang terus mencabar, namun memantau rapi peruntukan sumber bagi memastikan kelangsungan perniagaan hotel kumpulan itu. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved