Pelawak Mamat Sepah menerima kecaman warganet selepas memuat naik sebuah video berkaitan golongan yang dibenarkan berbuka puasa.
Menerusi hantaran di Threads dan TikTok, pemilik nama sebenar Mohd Noor Murad, 40, berkongsi video dirinya sedang memandu sambil mendengar ceramah agama daripada seorang ustaz.
Ceramah tersebut menyentuh tentang golongan yang dibenarkan berbuka puasa sekiranya berdepan situasi darurat.
Bagaimanapun, reaksi Mamat yang dilihat seolah-olah mahu berbuka puasa mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan warganet.
Menurut mereka, tindakan tersebut memberi gambaran negatif terhadap syariat serta hukum Islam selain boleh menjejaskan imej agama.

Ada juga netizen menegurnya agar menghormati kesucian bulan Ramadan dan tidak menjadikannya sebagai bahan jenaka.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

"Saya Hanya Ikut Konsep Muzik Video Lagu.." - Nabila Razali Jawab Dakwaan Pakai Tudung Jarang, Singkat
The post Mamat Sepah Dikecam Selepas Muat Naik Video Isu Berbuka Puasa – “Nampak Tak Cerdik” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

![Lelaki Terlantar Sakit Tapi Dah 3 Tahun Rakan-rakan Masih Datang Rumah Berbuka Puasa Bersama [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/lifestyle.jpeg)

