Man. United pantau perkembangan di Real

Football
19 Aug 2026 • 11:00 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Man. United pantau perkembangan di Real

MANCHESTER – Manchester United masih menunggu perkembangan di Real Madrid yang berpotensi membuka ruang buat mereka mendapatkan salah seorang daripada dua pemain tengah, Eduardo Camavinga atau Aurelien Tchouameni sebelum jendela perpindahan ditutup.

United sebelum ini dikaitkan dengan kedua-dua pemain berkenaan dan masih menyediakan satu slot dalam skuad sekiranya berjaya mendapatkan pemain tengah yang mampu meningkatkan kualiti pasukan kendalian Michael Carrick.

Peluang itu kini bergantung kepada perancangan Real yang dilaporkan mula mengintai pemain tengah Arsenal, Martin Zubimendi susulan ketidakpastian peranannya selepas kelab London itu membawa masuk Bruno Guimaraes dari Newcastle United.

Zubimendi dikatakan terbuka untuk menyertai Real sekiranya rundingan menjadi lebih serius, sekali gus berpotensi memberi kesan terhadap kedudukan Camavinga atau Tchouameni dalam skuad gergasi Sepanyol tersebut.

Biarpun masih belum jelas pemain mana yang mungkin terjejas sekiranya Zubimendi berhijrah ke Santiago Bernabeu, United difahamkan sentiasa mendapatkan perkembangan terkini mengenai status perpindahan Camavinga dan Tchouameni.

Dalam perkembangan sama, United bersedia membuka rundingan kontrak baharu dengan Bruno Fernandes selepas Galatasaray cuba memancing kapten Portugal itu keluar dari Liga Perdana Inggeris (EPL), manakala Juventus turut mempertimbangkan perpindahan pada musim panas ini.

Bagaimanapun, United tidak berhasrat kehilangan Fernandes yang dianggap antara tonggak terpenting pasukan, selain masih mahu memperkukuhkan skuad dengan mendapatkan seorang bek kiri sebelum jendela perpindahan ditutup. – AGENSI

The post Man. United pantau perkembangan di Real appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved