City masih perlu buat ‘kerja rumah’

FootballSports
18 Aug 2026 • 9:00 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: City masih perlu buat ‘kerja rumah’

CARDIFF – Pengurus Manchester City, Enzo Maresca mahu pasukannya menerima realiti sebenar dan harus belajar sesuatu daripada kekalahan 0-3 kepada Arsenal pada aksi Perisai Komuniti, kelmarin.

Ia adalah penderitaan perit buat The Citizens dan Maresca yang sebelum ini turut mengakui dirinya masih lagi dibayangi pencapaian luar biasa bekas pengendali pasukan, Pep Guardiola.

Maresca terpaksa akur bahawa City masih mempunyai banyak ‘kerja rumah’ yang perlu dilakukan bagi merapatkan jurang dengan Arsenal serta pesaing lain di Liga Perdana Inggeris.

“Kami boleh menemui banyak perkara daripada kekalahan kali ini. Sudah pasti tiada siapa yang suka apabila kami melepaskan dua gol awal yang dijaringkan oleh Arsenal.

“Jaringan pertama terhasil hanya dalam tempoh 24 saat dan kedua pula, tiada tekanan dilakukan. Saya tidak tahu adalah ia disebabkan keadaan fizikal pemain kerana kami memiliki ramai pemain yang beraksi di Piala Dunia.

“Ketika jaringan pertama terhasil, reaksi yang kami berikan agak bagus namun selepas gol kedua, keadaan menjadi semakin rumit,” katanya.

Guardiola sebelum ini membina legasi yang cukup luar biasa bersama City, memenangi 20 trofi dan enam daripadanya dengan memenangi EPL. – AGENSI

 

The post City masih perlu buat ‘kerja rumah’ appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved