Mana abang yang pakai filter muka saya?” – Abang FoodPanda ‘Famous’, Tampilkan Diri Sewaktu Konsert Datuk Siti

Entertainment
10 Mar 2024 • 5:46 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Semalam, telah berlangsungnya Konsert Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Bagaimanapun, ada satu peristiwa yang berjaya mencuit hati para penonton konsert tersebut berlaku pada malam semalam.

Pasti para pembaca yang cakna dengan isu semasa dan sering ‘scroll’ TikTok pernah menonton video seorang abang FoodPanda yang menari sambil memakai ‘filter’ wajah Datuk Siti.

Jangan ingat boleh selamat ya kerana semalam, Datuk Siti telah ‘menyeru’ peminat tersebut supaya menunjukkan wajahnya yang sebenar!

“Abang FoodPanda yang pakai (filter) muka saya tu dekat TikTok. Abang FoodPanda tu datang tak malam ni? Sebab saya nampak dia tunjuk tiket.

“Boleh tak bangun, saya nak tengok. Tolong, cerahkan sikit stadium ni,” katanya melalui satu video tular di laman TikTok.

“Dia dahlah dengan badan sasanya. Banyak pula dia guna muka saya. Sebelum hantar makanan tu, dia menari dulu,” kata Datuk Siti lagi.

Mujurlah abang FoodPanda tersebut ‘sporting’ dan tidak gentar untuk berdiri memperkenalkan diri di hadapan Datuk Siti. Cayalah!

Media melaporkan, penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza berjaya memukau lebih 10,000 penonton menerusi konsert tersebut.

Menerusi konsert itu juga, Datuk Siti telah memaparkan perjalanan karier seninya sepanjang 28 tahun berkecimpung dalam industri muzik tanah air.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.