“Mana yang dok kecam kita dulu?” – Caprice Sindir Individu Taksub Dengan ‘Mawla’, Rupa-rupanya ‘Scammer’

Entertainment
21 Feb 2024 • 1:22 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Semalam, hangat diperkatakan mengenai lelaki yang didakwa berketurunan Rasulullah SAW, Mawla Amin yang sedang dalam pemantauan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ia berikutan dengan aktiviti sebuah madrasah di Selangor yang aktif mempromosi Mawla Amin dengan mengutip dana awam secara tidak sah dan dikatakan madrasah itu juga telah membeli tanah di Melaka untuk membina perkampungan di sana.

Perkampungan tersebut juga disebut sebagai ‘Kerajaan 9’ yang didakwa sebagai persiapan akhir zaman kepada pengikutnya.

“Mamat ni scammer” – Caprice

Susulan pembongkaran tersebut, penyanyi rap, Caprice semalam telah memuat naik satu video menyindir pengikut Mawla yang dikatakan terlalu taksub dengan individu.

Menurutnya, Mawla Amin merupakan seorang scammer dan hanya mereka dari negara Malaysia, Thailand dan Indonesia sahaja yang terpengaruh dengan individu ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ariz Ramli (@capricedaddycap)

Mana yang dok kecam kita dulu, sila hadir. Kan dah cakap dah guys, mamat ni scammer. Dulu tak ada sapa yang percaya, sekarang ni, nah front page. Bukit Aman dah keluar statement. Kerajaan Morocco dah keluar statement. Mamat ni scammer!

“Dekat Malaysia, Indonesia, Thailand saja yang taksub pasal mamat ni. Tapi bila dia balik middle east, tak ada siapa gila pasal dia. Kita saja yang ada sikap taksub kepada manusia. Benda tu salah.

“Malaysia dengarlah, sebenarnya inilah fitnah akhir zaman. Orang yang berwatak agamawan, tapi sebenarnya scammer ada, peliwat ada, yang dok cuci duit kaya raya tu pun ada. I hate being right all time,” katanya panjang lebar.

Posting tersebut mendapat pelbagai komen daripada netizen yang setuju dengan pendapat Caprice dan berharap orang di luar sana tidak terlalu taksub dengan seseorang yang mempunyai latar belakang mengelirukan.

image is not available

Harap kita semua ambil iktibarlah daripada kes ini. Haish risaulah banyak scammer sekarang ni.

Sumber: Instagram

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.