“Mana Yang Duk Kata Kepris Fitnah PU Dulu?” – PU Azman Akhirnya Dipenjara, Caprice Bersuara

LocalEntertainment
27 Sep 2024 • 12:17 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
caprice

Pendakwah bebas, PU Azman hari ini dijatuhi hukuman penjara 24 tahun dan dua sebatan selepas didapati bersalah melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja lelaki, dua tahun lalu.

Antara individu yang bersuara lantang mengenai isu ini adalah penyanyi rap, Caprice. Namun, ketika itu Caprice dikecam ramai kerana dikatakan membuka aib.

Terbaru, Caprice meminta sesiapa yang menuduhnya membuka aib supaya memeriksa ‘track record’ pendedahan yang telah dibuatnya.

Menurut aktivis kemanusiaan ini, setakat ini empat kes sudah mendapat perhatian pihak polis dan diadili di mahkamah.

Check my track record first before you talk about AIB. 

Kata Caprice lagi, walaupun ramai yang tidak berpuas hati beliau tampil membantu mangsa akhirnya keadilan dapat ditegakkan jua.

Caprice berjanji akan meneruskan perjuangannya demi keselamatan anak-anak di Malaysia.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Instagram Caprice


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved