Manager bank dituduh larikan anak & pukul isteri

7 Mar 2024 • 12:00 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Seorang wanita meminta bantuan orang ramai untuk menularkan tentang kehilangan dua orang anak saudaranya. Kehilangan anak saudaranya yang berusia 10 dan empat tahun itu sudah memasuki 10 hari dan lokasi terakhir mereka dikesan adalah di Kepong.

Pengadu mendakwa, kedua-dua anak saudaranya tidak diculik tetapi dibawa lari oleh bapa kandung mereka sendiri, yang bekerja sebagai pengurus bank di Desa Pandan.

Menurut pengadum kakaknya juga turut menjadi mangsa keganasan rumah tangga di mana lelaki itu telah menumbuknya sebelum membawa dua anaknya lari. Tetapi tidak dinyatakan sebab lelaki itu bertindak sedemikian.

Bimbang dengan keselamatan dua beradik terbabit, mangsa telah tampil membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.

Difahamkan, mangsa dalam proses untuk membuat permohonan fasakh dan hadanah.

Pengadu meminta orang ramai membantu mengesan dua anak saudaranya itu kerana bimbang dengan keselamatan mereka.

“Kakak saya dah banyak kali kena pukul, belum cerita anak-anak dia pulak kena pukul macam mana,” katanya.

Sementara itu dalam hantaran lain, mangsa mengesahkan dia telah dipukul oleh suaminya dan memintaorang ramai membantu mencari anak-anaknya itu.

“Last lokasi Puchong, Kepong, Selayang. Saya risau keselamatan anak, sebab dia high temper dan kaki pukul,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved