
Ketika bulan Ramadan, banyak persoalan timbul mengenai hukum-hakam berpuasa, termasuk adakah puasa sah jika seseorang mandi wajib selepas azan Subuh?
Menurut pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus perjelaskan yang puasa tetap sah walaupun seseorang masih belum mandi wajib selepas masuk waktu Subuh.
Keluar mani sebelum Subuh, sah ke puasa?
Ustaz Azhar Idrus : Bab Puasa: Adakah Sah Puasa Jika Mandi Wajib Selepas Waktu Subuh #foryour #foryourpage #fyp #foryou #foryoupage #soaljawabagama #uai #ustazazharidrus #soaljawabustazazharidrus #ustazazhar #ramadhan #puasa #puasaramadhan #hadas
Menerusi video dikongsikan di Tiktok, UAI menjelaskan bahawa jika seseorang mengalami mimpi basah atau bersama pasangan yang sah sebelum Subuh, kemudian bangun dalam keadaan berhadas besar dan hanya sempat mandi selepas azan, puasanya tetap sah.
Tak kiralah dia keluar secara mimpi atau dengan pasangan yang sah (halal), dan bangun Subuh belum mandi (wajib), dikira sah.
Keluar mani waktu siang, batal puasa?

Namun, UAI turut menjelaskan bahawa puasa boleh terbatal jika seseorang sengaja mengeluarkan air mani ketika sedang berpuasa.
Siang hari bulan Ramadan tiba-tiba terkeluar air mani juga tidak batal. Tetapi yang batal ialah apabila seseorang itu sengaja mengeluarkan mani ketika sedang berpuasa.
Justeru, berhati-hatilah dan elakkan perkara yang boleh membatalkan puasa.
#ApaKataOhmedia
Untuk memastikan kesucian ibadah puasa, adalah sunat bagi seseorang mandi wajib sebelum masuk waktu Subuh. Semoga perkongsian ini dapat membantu kita lebih memahami hukum-hakam berpuasa!

Jap!
The post
appeared first on
.



