Manfaatkan cuti sekolah sertai program Cuti Sekolah @MSAS

13 Sep 2025 • 1:20 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 13 SEPT: Manfaatkan cuti sekolah kali ini dengan membawa anak-anak serta keluarga ke program Cuti Sekolah @MSAS yang berlangsung di Muzium Sultan Alam Shah (MSAS).

Tourism Selangor menerusi Facebook memaklumkan, pelbagai aktiviti interaktif disediakan khas untuk seisi keluarga sepanjang program.

"Antara aktiviti menarik ialah kuiz, Finding Me, jigsaw puzzle, teka silang kata, Colour @ Canvas, demo #SeniWarisanSelangor dan mewarna bersama keluarga.

"Orang ramai turut berpeluang mencuba permainan tradisional dan moden serta mempelajari gamelan," kongsi agensi itu.

Menurut Tourism Selangor, program ini bukan sahaja bertujuan mengisi masa lapang anak-anak sempena cuti sekolah, malah menjadi wadah mendekatkan masyarakat dengan khazanah warisan negeri serta budaya tempatan.

Program anjuran Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (PADAT) itu bakal berlangsung dari 15 hingga 21 September bermula 9.30 pagi hingga 5.30 petang.

image is not available