
RANAU: Rakyat di daerah ini disaran memanfaatkan sepenuhnya kestabilan politik di negeri ini khususnya dan negara amnya bagi meningkatkan tahap sosioekonomi diri dan keluarga.
Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam yang membuat gesaan ini berkata, mereka yang memiliki tanah perlu terus giat mengusahakannya dan mengkomersialkan tanaman dan produk tempatan.
“Walaupun tanahnya kecil, jika diusahakan sepenuhnya, sudah pasti ia akan menghasilkan hasil yang baik. Begitu juga dengan produk tempatan yang saya lihat di gerai-gerai di sini, terdapat pelbagai produk tempatan dipamerkan yang berpotensi untuk terus dimajukan,” katanya.


