Mangsa bah Sabah menurun kepada 2,655 orang takat 8 pagi

12 Mar 2025 • 9:01 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

KOTA KINABALU, 12 MAC: Jumlah mangsa banjir berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sabah menurun kepada 2,655 orang daripada 916 keluarga setakat 8 pagi ini, berbanding 3,114 orang daripada 1,488 keluarga malam tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam kenyataan memaklumkan jumlah mangsa banjir berkenaan menurun, kerana keadaan banjir di beberapa kawasan yang dilanda bencana itu sebelum ini semakin pulih dan mangsa dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

“Direkodkan di Beaufort masih 1,719 mangsa daripada 556 keluarga di tujuh PPS, Membakut (422 orang daripada 50 keluarga di lima PPS), dan Tenom (514 orang daripada 210 keluarga di sembilan PPS).

“36 kampung masih terjejas akibat banjir iaitu 16 di Tenom, dan masing-masing 10 di Beaufort dan Membakut,” menurut kenyataan itu.

– BERNAMA

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved