Akui Emosi & Terlanjur Kata, Kakak Pemandu Honda Jazz Mohon Maaf 

LocalPolitics
10 Mar 2025 • 9:08 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

image is not available
Kakak pemandu Honda Jazz

Kakak pemandu Honda Jazz yang melanggar lampu isyarat di Jalan Persiaran Senawang 1 sehingga mengakibatkan dua remaja maut tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada keluarga mangsa dan orang ramai.

Wanita yang dikenali sebagai Nur Athirah Najwa itu akui menyesal dengan kenyataannya di media sosial tempoh hari yang meminta keadilan buat adiknya sedangkan ahli keluarganya itu menjadi punca kepada kemalangan ngeri tersebut

Katanya lagi, dia tidak dapat mengawal emosi dan berharap orang ramai khususnya keluarga mangsa dapat memaafkannya atas kekhilafan yang berlaku.

Kakak pemandu Honda Jazz

@bungaorkeddddddddddd

Assalammualaikkum / Salam sejahtera . Saya kakak kepada pelaku kejadian kemalangan maut diSenawang tempoh hari ingin membuat PERMOHONAN MAAF bagi pihak keluarga mangsa dan seluruh rakyat malaysia atas keterlajuran kata kata saya tempoh hari. Saya mintak maaf saya tidak dapat mengawal emosi sewaktu itu. Saya betul betul menyesal atas kata kata saya yang lepas. Harap pihak keluarga mangsa dan juga rakyat malaysia dapat memaafkan saya. Salam takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat. #kakakhondajazz #permohonanmaaf #kemalanganmautsenawang

♬ original sound – Mk – Mk

“Asalamualaikum, saya kakak kepada pelaku kejadian kemalangan maut di Senawang tempoh hari ingin membuat permohonan maaf bagi pihak keluarga mangsa dan seluruh rakyat Malaysia atas keterlanjuran kata-kata saya tempoh hari.

“Saya minta maaf saya tidak dapat mengawal emosi sewaktu itu, saya betul-betul menyesal atas kata-kata saya yang lepas.

“Harap pihak keluarga mangsa dan juga rakyat Malaysia dapat memaafkan saya, salam takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat,” ujarnya dalam sebuah hantaran di aplikasi TikTok, baru-baru ini.

Kakak pemandu Honda Jazz

image is not available

Terdahulu, tular di media sosial beberapa tangkap layar yang memaparkan luahan seorang wanita yang dipercayai kakak kepada pemandu kereta Honda Jazz merempuh dua remaja selepas melanggar lampu isyarat.

Dalam tangkap layar itu, wanita terbabit membuat luahan mengenai keadaan adiknya yang sedang kritikal akibat kemalangan ngeri tersebut dan tindakannya menuntut keadilan telah mengundang perdebatan netizen di media sosial.

Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din telah mengesahkan pemandu Honda Jazz tidak mempunyai lesen memandu.

image is not available

Bukan itu sahaja, seorang saksi yang dikenali sebagai Edy Noor Reduan, 44, mendedahkan kesemua mangsa telah mematuhi undang-undang jalan raya sewaktu kejadian namun, pemandu Honda Jazz gagal untuk berhenti di lampu isyarat.

Pada Khamis lalu, penunggang dan pembonceng motosikal jenis Modenas Kriss masing-masing berumur 15 dan 16 tahun disahkan maut di lokasi kejadian manakala tiga lagi parah selepas dirempuh sebuah kereta di Jalan Persiaran Senawang 1, dekat persimpangan lampu isyarat Matahari Height.

Sumber: TikTok @bungaorkeddddddddddd