Mangsa banjir di Sabah kekal 695 orang

6 May 2025 • 12:02 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KOTA KINABALU: Jumlah mangsa banjir di Sabah kekal 695 orang daripada 217 keluarga dengan tiga pusat pemindahan dibuka, setakat 8 pagi ini.

Menurut kenyataan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah hari ini, sebanyak 325 mangsa daripada 103 keluarga ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Sook, membabitkan 208 mangsa di Dewan Sekolah Kebangsaan Pekan Keningau 2, manakala 117 mangsa ditempatkan di Dewan Masyarakat Sook.

Sementara itu di Beaufort, sebanyak 370 mangsa daripada 114 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan kekal (PPK) Selagon.

“Sebanyak 19 kampung masih terjejas banjir iaitu 10 di Beaufort dan sembilan di Sook,“ menurut kenyataan itu.