Mangsa banjir Melaka nikmati pengecualian bil air Julai

LocalSales & Promo
15 Jul 2026 • 5:01 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Mangsa banjir Melaka nikmati pengecualian bil air Julai
Ab Rauf

MELAKA – Seramai 327 keluarga yang terjejas akibat banjir di Melaka pada Sabtu lalu akan menerima pengecualian bayaran bil air bagi penggunaan bulan Julai 2026 menerusi Bantuan Khas Melaka Sayang Rakyat Bil Air Percuma.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, bantuan bernilai kira-kira RM50,000 itu diberikan sebagai tanda keprihatinan kerajaan negeri terhadap kesukaran yang dihadapi mangsa banjir.

Menurut beliau, kerajaan negeri amat memahami cabaran yang sedang ditempuhi oleh keluarga yang terjejas susulan kejadian banjir yang melanda beberapa kawasan di negeri itu.

“Justeru, saya telah mengumumkan Bantuan Khas Melaka Sayang Rakyat Bil Air Percuma, iaitu pengecualian bayaran bil air bagi penggunaan bulan Julai 2026 kepada mangsa banjir.

“Bantuan bernilai kira-kira RM50,000 ini akan memberi manfaat kepada 327 keluarga yang terkesan,” katanya selepas Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Ke-15 di Seri Negeri pada Rabu.

Pada masa sama, beliau mengarahkan supaya pelaksanaan bantuan itu dipermudah dan tidak membebankan penerima dengan urusan birokrasi yang berlebihan.

Sabtu lalu, media melaporkan beberapa kawasan dilanda banjir di Masjid Tanah, Bukit Rambai dan Parit Lampung, Tehel.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved