Mangsa banjir Selangor terus meningkat

6 Nov 2026 • 9:52 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Mangsa banjir Selangor terus meningkat

SHAH ALAM – Jumlah mangsa banjir di Selangor terus meningkat pagi ini dengan 1,253 mangsa daripada 337 keluarga ditempatkan di 10 pusat pemindahan sementara (PPS) berbanding 1,120 mangsa daripada 284 keluarga di sembilan PPS, malam tadi.

Menurut InfoBencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), satu lagi PPS dibuka di Kuala Selangor, iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Mahang yang menempatkan 56 mangsa daripada 13 keluarga, selain SK Desa Aman (637 mangsa, 153 keluarga), SK Dato’ Maharaja Lela (73 mangsa, 28 keluarga), SK Jaya Setia (46 mangsa, 15 keluarga) dan Sekolah Agama Batu Lapan Ijok (44 mangsa, 13 keluarga).

Empat PPS di Shah Alam pula menempatkan 184 mangsa daripada 44 keluarga di SK Merbau Sempak; Dewan Seri Pagi, Kampung Paya Jaras (74 mangsa, 15 keluarga); Dewan Siantan, Kampung Melayu Subang (50 mangsa, 11 keluarga); dan Dewan Kenanga Pejabat Daerah dan Tanah Petaling, Seksyen U5 (50 mangsa, 12 keluarga).

Di Klang, bilangan mangsa yang berlindung di Dewan Masjid Al-Taqwa, Bukit Kapar ialah 39 mangsa daripada 33 keluarga. – BERNAMA

The post Mangsa banjir Selangor terus meningkat appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved