“Mangsa berada 10 meter dari lokasi” – Rakyat Malaysia Tercedera Dalam L*tupan Di Pattani

Entertainment
13 Jan 2025 • 4:52 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seorang lelaki warga Malaysia serta enam anggota sukarelawan pertahanan cedera dalam letupan bom berhampiran Balai Polis Daerah Mueang Pattani di Wilayah Pattani, Selatan Thailand, pada pagi Isnin (13 Jan).

Menurut laporan The Star, kejadian berlaku sekitar jam 8 pagi selepas perarakan polis di balai itu, kata Ketua Polis Mueang Pattani Kol Jeffery Sulaiman.

image is not available

“Siasatan awal mendapati bom itu dipercayai dilekatkan pada motosikal yang diletakkan berhampiran balai polis,” katanya.

Jeffery berkata lelaki warga Malaysia yang berusia 20 tahun dari Kuala Lumpur itu mengalami kecederaan akibat kaca pecah susulan daripada letupan itu.

Difahamkan, lelaki warga Malaysia itu berada di dalam kereta menunggu isterinya yang sedang membuat laporan mengenai kehilangan dokumen perjalanan di balai polis tersebut ketika letupan itu berlaku.

Kereta mangsa berada hanya kira-kira 10 meter dari lokasi letupan dan itu menyebabkan cermin kenderaannya pecah.

Dalam pada itu, difahamkan kesemua mangsa dibawa ke Hospital Pattani untuk rawatan lanjut.

Sumber: The Star

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.