Warga Malaysia Antara Yang Cedera Insiden Letupan Bom Berhampiran Balai Polis

13 Jan 2025 • 2:29 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

PATTANI, 13 Jan (Bernama) — Seorang warga Malaysia dan enam anggota sukarelawan pertahanan cedera dalam satu insiden letupan bom berhampiran Balai Polis Daerah Mueang Pattani, Wilayah Pattani, Selatan Thailand, pada pagi Isnin.

Insiden itu berlaku pada kira-kira 8 pagi selepas majlis perbarisan anggota polis di balai berkenaan, kata Ketua Polis Mueang Pattani, Kol. Pol. Jeffery Sulaiman.

“Siasatan awal mendapati bom tersebut dipercayai dipasang pada sebuah motosikal yang diletakkan berhampiran balai polis,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian pada Isnin.

Jeffery berkata lelaki warga Malaysia yang berumur 20 tahun dari Kuala Lumpur itu mengalami kecederaan akibat terkena serpihan kaca cermin yang pecah susulan letupan itu.

Mangsa warga Malaysia itu ketika kejadian berada di dalam kereta sementara menunggu isterinya yang sedang membuat laporan kehilangan dokumen perjalanan di dalam balai polis berkenaan, katanya.

“Jarak kereta mangsa dari lokasi letupan hanya sekitar 10 meter, menyebabkan cermin kenderaan itu pecah akibat impak letupan,” kata Jeffery.

Kesemua mangsa telah dihantar ke Hospital Pattani untuk menerima rawatan, katanya.

“Pihak polis sedang giat menjalankan siasatan bagi menjejaki dalang kejadian,” katanya.

Sumber: BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved