Mangsa culik RM7 juta ada kaitan ketua sindiket ditembak mati

9 Sep 2026 • 2:21 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Mangsa culik RM7 juta ada kaitan ketua sindiket ditembak mati

KUALA SELANGOR – Misteri penculikan lelaki berusia 44 tahun dengan tuntutan wang tebusan RM7 juta pada Julai lalu terbongkar apabila mangsa dipercayai mempunyai kaitan dengan dalang sindiket makmal dadah bernilai RM2.4 bilion.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan berkata, siasatan mendapati lelaki itu mempunyai kaitan dengan individu yang ditembak mati polis dalam operasi di Seremban baru-baru ini.

“Kita telah mengenal pasti lelaki ini mempunyai kaitan dengan individu yang ditembak mati di Seremban serta sindiket yang ditumpaskan susulan serbuan makmal dadah di kawasan perindustrian Bandar Puncak Alam,”katanya kepada pemberita hari ini.

Menurutnya, lelaki itu kini ditahan selama 60 hari mengikut Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985.

“Siasatan berhubung penglibatan lelaki ini dalam sindiket masih dijalankan,” katanya.

Perkembangan terbaharu itu membuka satu lagi sisi dalam kes penculikan berkenaan yang pada awalnya disiasat sebagai mangsa diculik.

Mangsa diselamatkan polis dari sebuah unit kediaman di i-City, Shah Alam kira-kira pukul 1 pagi iaitu kurang 48 jam selepas isterinya membuat laporan berhubung kejadian itu.

Lapan lelaki termasuk seorang bekas anggota polis yang sudah dipecat serta seorang wanita
berusia 30 hingga 46 tahun ditahan berhubung kes berkenaan. – KOSMO! ONLINE

The post Mangsa culik RM7 juta ada kaitan ketua sindiket ditembak mati appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved