“Mangsa dilaporkan stabil” – [TERKINI] Kes T*kam Pelajar Di Banting

6 Jul 2026 • 12:59 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

ft kes sekolah banting

Seorang pelajar dari sebuah sekolah menengah di Banting mengalami kecederaan selepas dipercayai ditikam hari ini.

Difahamkan, kejadian itu dikhabarkan berlaku ketika waktu sesi persekolahan dan ia kini sedang tular di media sosial. Bagaimanapun, mangsa dikatakan berada dalam keadaan stabil.

Artikel berkaitan: “Dia minta pergi ke tandas dan…” – Rakan Sekelas Mangsa Kongsi Detik Kejadian Kes T*kam Bandar Utama

Artikel berkaitan: “Anak seindah itu, namun ditimpa nasib yang kejam” – Ibu Mangsa Kes T*kam Bandar Utama

Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Mohd. Akmalrizal Radzi yang berkata siasatan lanjut kini sedang dijalankan.

733187227 1321130886865965 3079581449593198476 n.jpg?stp=cmp1 dst jpg e35 s640x640 tt6& nc cat=109&ccb=7fFvbm7ecCaMThreadsJack (@syzwnsuzali) on ThreadsApa nak jadi banting kuKes tikam pelajar dgn pelajar Sekolah SMK BB

“Ya, saya sahkan kejadian itu. Mangsa berada dalam keadaan stabil.”

Di media sosial, tular satu video di Threads memaparkan sekumpulan pelajar lari bertempiaran apabila seorang perempuan yang bertopi didakwa berjalan sambil memegang sebilah pisau.

Selain itu, tular juga satu video rakaman CCTV yang memperlihatkan seorang perempuan sedang mengejar pelajar perempuan lain.

Sumber : Kosmo!

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved