Mangsa kebakaran Kg Gas tuntut PPRT dijanjikan 6 tahun lalu

5 Jan 2024 • 2:25 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

SANDAKAN: Mangsa kebakaran di Kg Gas, Jalan Batu Sapi, di sini, merayu pihak berkuasa untuk mempercepatkan pembinaan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) yang dijanjikan untuk mereka sejak kejadian itu pada 27 Jun, 2018.

Difahamkan, sehingga kini, belum ada sebarang pelaksanaan PPRT untuk mereka.

Antara mangsa terlibat yang menyuarakan keperluan itu, Pengerusi Persatuan Warga Batu Sapi (Perwaba), Rahimah Asrah serta penduduk, Zainuddin Hassan, Mat Oto Udin dan kira-kira lebih 100 keluarga yang lain.

Mereka berharap penantian PPRT itu akan berakhir secepatnya dan dapat tinggal di rumah itu segera.

SPONSORED CONTENT Sabah International Convention Centre’s Big Sabah Sale a big hit Kota Kinabalu: The Sabah International Convention Centre’s (SICC) Big Sabah Sale which concluded on Sunday saw a good response with about 20,000 visitors during the three-day extravaganza. . Read more “Selepas kejadian kebakaran, kami (mangsa) ditempatkan di rumah kontena yang disediakan dan kini sudah hampir lima tahun berlalu.

“Namun, keadaan kontena itu juga telah usang dan keadaannya tidak lagi begitu kondusif,” kata mangsa pada satu sesi perjumpaan bersama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dekat rumah kontena Kg. Gas, di sini, baru-baru ini.

Difahamkan sebanyak 100 buah rumah melibatkan 118 keluarga terlibat dalam kejadian kebakaran itu.

Sementara itu, 13 buah keluarga masih tinggal di rumah kontena yang kian usang itu sementara mangsa kebakaran yang lain terpaksa mengambil inisiatif sendiri dengan menyewa dan menumpang di rumah saudara masing-masing.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.