
NABAWAN: Mangsa kebakaran rumah di Kampung Tikandis terus mendapat perhatian daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Nabawan Datuk Abdul Ghani Mohamed Yassin.
Selain bantuan awal dalam bentuk bahan makanan, bantuan tangki air juga telah dihantar kepada mangsa kebakaran di kampung itu pada Sabtu.
Menurut Ghani, kebajikan keluarga yang kehilangan tempat tinggal akibat kebakaran itu baru-baru ini akan diambil perhatian dari masa ke semasa.
“Lantaran itulah kita membantu mereka dengan membekalkan 10 buah tangki air kerana semua tangki mereka telah musnah,” katanya ketika dihubungi.
SPONSORED CONTENT Sabah revenue hits RM6.97 billion: Hajiji says GRS State Government may see full term Kota Kinabalu: The Sabah Government continued its momentum in managing the economy in line with the commitment and spirit of the Sabah Maju Jaya (SMJ) when it posted record high state revenue of RM6.973 billion last year. Read more Tangki-tangki air itu telah dihantar dan disampaikan oleh Penyelia Kemajuan Masyarakat Unit Pemimpin Pembangun Masyarakat (UPPM) Nabawan Musa Banaran, mewakili Ghani yang juga Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS).
Bercakap kepada pemberita sempena majlis rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri anjuran Pejabat Adun Nabawan dengan kerjasama Keluarga Bahagia di Kampung Bahagia pada Khamis lepas, Ghani berkata, kerajaan akan mempertimbangkan permohonan sebuah rumah panjang yang dipohon mangsa-mangsa kebakaran.
Baru-baru ini berlaku kebakaran di Kampung Tikandis membabitkan 14 buah rumah termasuk dua buah rumah PPRT.
Kebakaran itu menyebabkan seramai 71 penduduk termasuk kanak-kanak membabitkan 18 ketua isi rumah kehilangan tempat tinggal dan kini mereka tinggal di rumah besar yang terselamat dalam kebakaran tersebut.
Sementara itu beberapa ketua keluarga yang ditemui rata-rata mengucapkan terima kasih atas keprihatinan Abdul Ghani kerana terus memberi perhatian kepada mereka.
Mereka juga berharap agar rumah panjang yang mereka pohon dapat diluluskan dengan segera.
“Kami tidak mampu membina rumah masing-masing dengan kadar yang segera kerana ia memerlukankan kos yang tinggi. Justeru itu kami mengharapkan agar rumah panjang dibina sebagai penempatan alternatif, “ kata mereka.
Pada masa yang sama mereka juga mengharapkan syarikat Sri Jutaya yang melaksanakan pembinaan jalan raya Sepulut - Pagalungan bersama-sama dengan kerajaan untuk membantu mereka melalui program tanggungjawab sosial korporat.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
